Tuesday, January 15, 2013

ALOE VERA JELLY



Ini adalah produk serbaguna yang sentiasa ada di rumah kami.  Kegunaannya pelbagai untuk satu keluarga.  Ianya amat baik untuk luka-luka dan melecur, dengan sapu ke bahagian yang terbabit serta merta.

Bagi yang menghadapi masalah jerawat, sapu pada bahagian yang berjerawat, Insyaalah penggunaan yang berterusan jerawat akan kecut dan kulit wajah menjadi halus. 

Aloe Vera juga bertindak sebagai Pelindung UV.   Sesuai di jadikan sebagai pelembab wajah.   Pakai sebelum memakai alat solek. 
Ia juga boleh di jadikan sebagai pencuci solekan di wajah.

Juga sesuai bagi sesiapa menghadapi tumit kaki pecah.

De Bella Aloe Jelly juga sesuai untuk rawatan keputihan.


HARGA ALOE VERA JELLY D'BELLA hanya RM 38
SMS/Call Ina 019 -589 3083
 
 
 
INFO TENTANG ALOE VERA / DAUN LIDAH BUAYA
(dari Internet)
 
 
Masyarakat Melayu
Bagi masyarakat melayu, Aloe vera digunakan secara meluas sejak awal perkembangan tamadun melayu lagi. Tidak dapat dinafikan tumbuhan herba sangat sinonim dengan masyarakat melayu disebabkan mereka dikelilingi oleh hutan tropika yang berusia ribuan tahun yang mengandungi pelbagai tumbuhan yang bernilai tinggi.
Namun begitu, Aloe vera juga merupakan salah satu tumbuhan yang cukup dikenali oleh masyarakat melayu. Ia banyak digunakan secara tardisional untuk melegakan luka-luka kecil dan kesan ruam. Disamping mempercepatkan pengeringan, ia juga mengandungi antibiotik yang mampu merangsang sel kulit yang baru dan mengelakkan jangkitan bakteria dalam luka tersebut. Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis dan ia juga mampu mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
 
 
 
Kegunaan
Terdapat pelbagai kegunaan Aloe Vera, antara yang dikenal pasti ialah untuk menyembuhkan penyakit kencing manis, batuk, trakhoma, sembelit, tuberkulosa, ambeien, cacingan, asma, kencing nanah dan sebagainya. Malahan , dalam catatan sejarah Mesir menunjukan Alexander Agung juga sering membawa bekalan lidah buaya dalam setiap peperangan. Fungsinya adalah untuk para prajuritnya yang terkena luka. Catatan sejarah Islam juga menunjukan panglima Iskandar Zulkarnain juga menggunakan Aloe Vera untuk tujuan yang sama.

 Dari segi kecantikan, gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka, ia juga menambahkan kelembapan pada muka, merawat dan masalah kerengsaan kulit. Aloe Vera juga mampu menghaluskan kulit muka jika digunakan secara berterusan dan mengelakan daripada sinaran UV Yang boleh mengelapkan kulit wajah. Orang Eropah dan Amerika sering menggunakan Aloe Vera apabila berjemur ditepi pantai semasa musim panas bagi mengelakkan kerosakan kulit akibat cahaya matahari.

Orang-orang asli Amerika memanggilnya “miracle plant that heals itself” iaitu pokok ajaib yang boleh menyembuhkan dengan sendiri. Maka, kajian saintifik pertama yang dilakukan oleh pengkaji Botani Amerika pada tahun 1935 di dalam jurnal perubatan menunjukan Aloe Vera berjaya digunakan untuk mengubati kesan radang kulit akibat cahaya x-ray. Berbagai jenis kajian yang melibatkan usaha mengubati kesan terbakar menunjukkan aloe vera akan membantu proses penyembuhan kesan terbakar di kulit 30% lebih pantas dan efektif daripada bahan lain. Semenjak itu, Aloe Vera telah dijadikan bahan asas utama dalam pembuatan produk penjagaan kulit di Eropah dan Amerika Syarikat. Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan. Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

No comments:

Post a Comment